SEMBURAN SERANGGA ORGANIK

Assalamualaikum....

Hari ni saya nak share pada sesape yang rajin bercucuk tanam. Nak bagitau
 orang lain tapi diri sendiri pun malas nak menanam. Mak aaii malasnya Rniz..
 Nasib baik dah laku kikikik.. Walhal laman mini saya besar sikit dari kankang kera je. 
Tanam sayur rumput adelah. Cukup subur sayur rumputku itu, tak payah berbaja.



 Ok..ok.., kalau kita guna racun kimia berterusan, serangga tu akan kebal
wa cakap lu. Alam tercemar, sisa racun pulak kita makan.
Kat sini ada beberapa tip buat racun mesra alam:


CAMPURAN CILI.
15 biji cili padi atau lebih
4 biji bawang besar
2 labu bawang putih
dan 2 liter air sabun


Cara membuatnya:
Semua kisar (tanpa buang kulit & biji)
Tapis dan masukkan air 500 mililiter.
Pastu masuk dalam bekas spray sembur kat pokok.


MINYAK KAYU PUTIH.
Minyak ni boleh beli kat nurseri bunga. Berkesan nak bunuh teritip.
 5ml minyak campur dengan 10 -20liter air, basahkan keliling pangkal pokok.


EKSTRAK HALIA.
Mengawal penyakit kulapuk. Kisar 20gm halia dengan 1liter air.
Tapis, sembur 3 kali seminggu.


DAUN SEMAMBU.
Kawalan kutu daun, teritip dan lalat putih. 2kg daun semambu tumbuk halus
bersama 30gm sabun basuh. Biar semalaman, tapis. Setiap 5liter bahagian dicampur
dengan 15 liter air, bolehlah sembur.
Spider mite

Kutu trip
Lihatlah daunku yang CURL, tak payah pegi salon pun.
Itulah serba sikit yang saya tau.

Sebelum ni saya adalah tanam sikit sayuran dan rumput carpet, tapi sejak si meow meow 
meninggalkan jejaknya yang harum itu di rumput carpet, hu....hu...hu...
terus hilang semangat.


So cubalah...

















PUDING NOLIE

Assalamualaikum....

Apa khabar ari ni?  Di bulan puasa yang menguji ni tiba-tiba terkenang pulak
puding berkuah. Tekak tengah kering macam-macam terliur.



Saya belajar buat puding ni dengan Nolie (adik pompuanku).
Mama pada baby Maria (hai baby Maria... mama dah tampal bedak ke?) 
Saje nak simpan kat entry sendiri senang, tak yah nak kelebek buku resepi. 
Puding ni senang nak buat dan bahannya sempoi je. First time cube pun sure jadilah.
 Lain versi lain rasanya.Try yang ni ye:

       Bahan-bahannye:

         1 tin fruit cocktail (kalau rajin guna fresh punya potong dadu)
         1 tin evaporated milk (susu sejat)
         1 tin air masak (guna tin fruit cocktail tadi- tapi kalau saiz besar kurangkan sikit airnya)
         1 sudu besar tepung jagung
         Gula (ikut sesuai rasa)
  
         Cara mafasakfak (masak):
              Susu sejat campur + dengan air air masak, masak atas api. Bila dah mendidih tahap
      slow masukkan tepung jagung. Pastu goder... goder.... (bukan goda nak ngorat tu)            
      cuba sebut go there-(lidah bukan kedepan), maksudnya kacaulah... itu slang orang
      Pahang. Bubuhlah gula pulok. Goder lagi sampai puas hati. Tutup api, sejukkan. 
      Masukkan fruit cocktail tadi bila dah sejuk. Siap.....Sejukkan dalam freezer....sluuurp....
      
     Rupa puding tu macam gambar kat atas. Gambar tersebut bukan
 saya punya, pinjam jap kat internet, nanti saya pulang balik.
 Cuba jangan tak cuba ye.. Lagi pun tak guna santan,
rasanya sedap and healthy.

TIP: Kalau nak buang karat kopi kat cawan, tenyeh je dengan 
soda bikarbonat bior kejap, pastu cucilah. Rasanya kalau gigi berkarat pun boleh  
cube tenyeh ngan soda, pasti ianya bersinor. Jimat tak yah beli ubat gigi.


        Take note:Sesape nak beli baju raye cari BUTIK EXORA ye (fb).. siap promote lagi.
                         Kena claim komisyen ni.......(gurau je he....he...)

              



      
         
          







ARCA UNIK

Assalamualaikum....

  Haaaa....terkejut katak eden pagi ni bila sign in blog. Manakan taknya
 ada juga insan yang ikhlas sudi follow my blog, tapi tak dapat nak visit dia semula 
bcoz takde link . Apa-apa pun THANKS A LOT ye!, sebab dah jadi
 FIRST follower. Bukannya senang nak tarik orang follow kita.
Maklumlah new blogger..takde yang menarik pun, kerna diriku
 bukannya sefamous dan secantik Fatin Liyana atau
 Roti Kaya.com. hu..hu..sefedihfih hafatifikufu (sedih hatiku). 
Terkedek kedek lagi nak buat entry apa. 


Merapunya lebih..so untuk kali ni, saya nak kongsi tentang kelebihan 
seseorang yang bernama Willard Wigan (ramai dah tau rasanya, tapi saje
 nak buat koleksi gambar tu). Bakatnya over advantage pulak. Semua manusia kat 
dunia ni pun di anugerahi pelbagai bakat semulajadi, tapi dia ni uniklah.

  Willard Wigan dari Birmingham, United kingdom, memang wa tabik
ah.. sama lu, buat arca dalam lubang jarum. Ye dalam lubang jarum yang cinonet tu... 
Kita nak masuk benang pun terkebil-kebil biji mata. 
Patung tu sekecil 0,005 mm (0.0002in) tinggi. 
Boleh tengok dengan jelas pun guna mikroskop. peeeh... 
Dia cat arca tu guna rabut kaki dari lalat. Mesti pakar tangkap lalat ni..
Denyut nadi dia pun boleh musnahkan patung tu tau..

Tengah kelebek jarum



Unta 

Incredible Hulk & Superman

Tak sangkakan Incredible Hulk pun muat kat dalam lubang jarum tu.
Cuba kita suruh Hulk Hogan masuk dalam tu pulak, muat tak? 
Jangan tinju eden Hulk Hogan! Just Kidding.
Eeelleh... perasan je peninju tu baca entry blog diakan....kan...


Keluarga Obama




Snow white & seven dwarf

So apa pendapat u all, kagum tak?


Sumber dari surat khabor & unikversiti.blogspot.com


INDAHNYA CIPTAAN ALLAH

Assalamualaikum....

*S A L A M  R A M A D H A N*
Alhamdulillah.... hari ni dah 5 hari kita semua berpuasa, so pada
adik-adik yang baru belajar puasa tu, sabar sabarlah nak tunggu maghrib ye..

 Melalut pulak , bukan nak cerita pasal puasa . 
Hari ni saya cuma nak kongsi gambar yang tersangat cantik.
Sedondon pulak warna dedaunan pokok ni dengan blog Rniz kan? 
He...He....Eh.. jangan jeles you..

Begitulah indahnya ciptaan Allah. Pokok yang tumbuh di BRAZIL. Tak perlu edit 
dengan GIMP atau ADOPE PHOTOSHOP pun. Rasa tenang melihat keindahannya.
 Keasliaan ciptaanmu ya Allah....


Cano Crystals 

SubhannAllah!...
Cano Crystals yang terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia
diiktiraf sebagai sungai yang tercantik di dunia. Keunikkan sungai ini ialah air sungai
ini akan berubah kepada 5 warna untuk satu tempoh antara musim hujan dan 
musim kemarau. Ia dikenali sebagai River of five colours. 

Airnya berubah kerana sungai ini dipenuhi pelbagai alga namun air tetap jernih.
 Untuk kesini kena naik kuda, sebab itu je lah satu-satunya jalan 
untuk sampai kat sini.




Sumber Harian Metro online.


NASIB SEORANG WANITA


Assalamualaikum....
*Sebelum tu thanks a lot Apit, coz orang pertama sudi menegur shoutbox yang
sebelum ni togel je he..he..to Apit next time you datang saya buat milo ais ok.* 

SETERUSNYA:
Apakah perasaan anda dilahirkan sebagai
 seorang wanita seperti saya? 
Seharusnya kita semua bersyukurkan...kerana 
banyak keistimewaannya, salah satu contoh, dari segi fesyen (macam-macam
 pesen boleh digayakan). Lelaki pulak?

Wanita juga  sebenarnya memegang pelbagai jawatan. 
Nak tenyeh gincu pun tak sempat, jauh sekali tepek compact powder. 
Tak gitu kekawan.
 Kenapa saya kata macam tu. Ia lah... lebih-lebih bagi yang dah berkahwin.
 Celik mata dah fikir, nak masak apa pagi ni, tengahari masak apa (chef).
Siap masak, capai penyapu dengan
mop bersihkan lantai (cleaner),
Siap...., pastu basuh kain kemas katil (housekeeping), memanglah
 zaman ni guna mesin basuh, habis tu bila kain dah siap spin,
 kain tu merayap pegi jemurkan diri sendiri ke? Macam
omputeh pulak ye jemur badan. Masa makan pulak
 sape yang jadi (waitress).
Kalau nak dihitung takkan habis. Itu bagi para suri rumah. Pada yang
ada pembantu ringanlah kerja sikit...Dahlah malam jadi jaga (security guard),
 apa taknya...anak nangis nak susulah, jaga anak sakitlah. 
Para suami pulak kalau anak nangis buat-buat tak dengar,
siap berdengkur lagi. Oopssss.... jangan marah kaum Adam.
Bukan semua suami macam tu, ada yang cukup bertimbang rasa dan
ringan tulang. Pada zaman sekarang ramai para
 suami yang rajin.Tapi kesian pada isteri yang diluar sana,
 dahlah penat  bekerja,balik rumah, kena isi jawatan multipurpose tu pulak.
So para suami sekalian....longgar-longgarkan sikit tulang anda ye!
 Bantu si isteri even though ur wife,  fulltime surirumah. 
Pada firasat anda semualah kan, rasa-rasanya wanita yang berjawatan
multipurpose tu, timbul tak rasa bosan, setelah bekerja non stop 
ber PULUH-PULUH tahun? Kereta pun dipandu tanpa henti 
boleh k.o tau.

ADA TAK KWSP untuk mereka?

ADA OFF DAY tak?

Agak-agaklah berapa gaji yang bersesuaian untuk
 jawatan yang disandang tu ye!?

"BEGITULAH CIRCLE KEHIDUPAN SEORANG
WANITA "

Jawap, jangan tak jawap........
kalau abang bangla jawab "ITU PAHALA DAPATLAH ADDIK MANNISSS.."

HIDUP USTAZ DON!!!


CUTE


Assalamualaikum...
Sekali pandang seperti kereta mainan, tapi sebenarnya pemadam.
Saje simpan buat koleksi, Rniz memang suka benda-benda cute macam ni.



 Mentadak mentadu ni tau tak diperbuat daripada apa? Bagi yang
 belum tau ianya dibuat dari "KERTAS" Cantik dan kreatif.
(Seni Quilling), Rniz rasa kagum dengan kesabaran si pembuatnya
 dah cuba buat bentuk yang simple, tapi yang adoo...
Kalau nak tau lebih lanjut bolehlah tinjau-tinjau kat blog 
ATAU search aje Quilling.





BUNGA TISU



Assalamualaikum...
Bunga pahar tisu (macam dalam gambar atas tu), baru belajar buat.
Tutor kat youtube tapi tak berapa menjadi sangat.
Cik Qanasuri kita buat bunga tisu memang cantiklah.
 Boleh buat duit lagi, kelasss gitu.

Gambar ni nak bagi nampak meriah aje.
Sekadar hiasan. Tak delah kosong sangatkan.