QUILLING FRAME

Assalamualaikum....

Frame ni untuk letak duit mas kahwin tk nak guna katanya.... 
Jumlah mas kahwin sikit boleh lah.... Kalau banyak curi dek orang jer nanti frame ni.
Berkenan???.. Klik kat SINI

Bunga- bunga ni boleh juga dihias kat wedding guest book tau..Kiranya
rasa dah berkenan untuk menempah, tempah awal, sebab nak membuatnya bukanlah
semudah A B C...Satu persatu kena gulung untuk tiap kelopaknya.
Biar lambat asal cantik.....




         
















EASEL CARD

Assalamualaikum....

Merah yang menggoda jiwa...

Biarlah gambar ini yang berbicara...

UNTUK INFO YANG LEBIH DETAIL BOLEH JENGUK FB 














QUILLING BOOKMARKS

Assalamualaikum....

Quilling Bookmarks. 









Kalau kita nak buat sebagai DOORGIFT pun boleh.
Rasa berkenan klik SINI.





QUILLING


Assalamualaikum....

QUILLING...Saya baru mula buat kraf quilling.
Ianya menyeronokkan, tapi memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Teliti sudah pasti.
Bunga quilling ni bukan hanya terhad dihias pada kad semata mata. Ianya juga boleh
dihias pada paper clip, penanda buku, pada frame gambar, wedding guest book
pendek kata pelbagailah.

Mula mula kita mesti ada kertas quilling. 
Sebelum dibentuk menjadi sekuntum bunga kena gulung2
macam gambar kat bawah ni. 



PROSES GULUNG GULUNG. Nampak macam senang ye...

Kemudian kita cantumlah jadi macam ni.






Ladybug tu pun Quilling tau.








SOLD


INILAH SEMUA HASIL TANGAN RNIZ.. BUKAN GAMBAR PINJAM.
ORIGINAL YOU..

SESIAPA YANG BERMINAT NAK BUAT TEMPAHAN
 BOLEH PM KAT FACEBOOK SAYA.
ATAU

ALANG ALANG DAH MENJENGAH KAT PAGE SAYA TU,
 SUDI SUDILAH  LIKE YER..

THANK YOU.












PRA TEST- J P J

Assalamualaikum....



Baru baru ni saya pegi pra test JPJ... Dah kertu baru nk amik lesen. Otak pun dah tua juga,
 tapi mujur ujian komputer sekali jer. Kira okaylah tu salah 3 .. huh..
untuk dapat markah camtu pun berapa kali khatam..baca buku.

Bila tiba nak masuk pra test kecut perut, segala-galanya kecutlah. 
Memang dari dulu lagi saya ni jenis yang gabra, tak boleh nak maintain cool.
 Kerk..kerk...kerk.....

Masa naik bukit first tried "tak cantik kak", one more time,  gostan....turun bukit
Kali kedua baru ok. Gabra punya pasal sume tak betul.
Turun belok kat parking. Huh! time ni tiba-tiba banyak kali mati enjin, besenya ok jerk.
Memang teruklah kat sini, sampai penguji tu cakap "banyak lagi kena belajar ni kak"
Pastu nak wat yang 3 penjuru, memang panik abih aaah..mati enjin lg. kerk...
kerk.....Dalam keadaan yang memangnya sume tak kena tu, settle jugalah.



Okay sekang untuk jalan raya pulak. Sambil dok menunggu my turn, 
dalam ati berkata kata memang 200%  dah gagal ni.
Turn kat jalan ni penguji memang agak garang, tapi taklah beleber teruk sangat.
Corner sana corner sini buat drift sepuas puasnya...
Dah....settle....

Masuk bilik penguji untuk di komplen.
Bok bek dia cakap gitu gini. Saya pun em..em..plus aksi buruk belatuk.
Lastly dia cakap "okaylah saya bagi awak lulus".
Hah!! apasal pulak lulus????? Betuk ke tak ni???
Terkeluarlah soalan "kenapa encik bagi saya lulus"???
Patutnya diam jelah errk, dah bagi lulus pun kira ok.
JAWABNYA "SEBAB AWAK TAK BUAT KESALAHAN BESAR (MANDATORI)"

YES! YES! YES!

Selamat untuk satu step yang mendebarkan.

COMING soon J P J betul punya ler......

















DAH SEKOLAH.....

Assalamualaikum....

HAPPY NEW YEAR..

Awal tahun ni pening kepala ibu bapa yang anak nak masuk sekolah semula.
Maklumlah pelbagai keperluan sekolah anak kena beli.
Kempihlah poket...Puasa setengah bulanlah nampaknya.

Tahun ni anak saya yang bongsu (I hope so) dah masuk tahun satu.
Excited kemain dia nak gi sekolah, harap harap sepanjang tahun macam tu. 
Jangan angat-angat taik ayam sudah.

Baru  ni sambut birthday pada 26 Dec 2012 - 6 tahun

Aik birthday 6 ari dah masuk sekolah.
Hari pertama murid tahun satu tak ramai yang meragam.
Cuma ada sorang tu tak nak masuk kelas main kejar kejar dengan cikgu, keliling tiang.
Sabor jer lah. Macam-macam..... Zaman kita dulu tak ingat dah macamana.
Kelakar tengok ragam anak-anak kecil ni mula ke  sekolah pelbagai aksi..
Tak amik pulak gambar budak yang cikgu kejar tadi..

Awal pagi belum start enjin lagi, moyok..




Dah lah..."suu..dah...cukup sudah" malas pikir nak taip ape lagi....