FIKIR


Assalamualaikum....

KISAH PEMUDA DI KEDAI ROTI
Suatu hari seorang lelaki pergi ke kedai roti dan berhasrat untuk 
membelinya. Dia bertanya kepada penjual roti tersebut harga sebuku roti 
yang baru dimasak. Lelaki itu cukup dikenali sebagai orang yang alim
dan taat kepada Allah. Sambil tersenyum penjual roti
menjawab, "Hanya satu dirham".

Lalu lelaki itu menyeluk poket untuk mengeluarkan wang. Tiba-tiba 
dahinya berkerut. Dia mencari-cari tetapi ternyata wang yang diletakkan
didalam poket bajunya telah tiada. Hatinya tertanya-tanya di manakah
dia letakkan wang tadi? Namun dia bingung dengan apa yang berlaku.

Oleh itu dia terpaksa melupakan hasratnya untuk membeli roti.
Sebelum berlalu dia sempat meminta maaf dengan penjual roti
terhadap apa yang berlaku. 
"Maafkan saya tuan, saya tidak jadi membeli roti ini kerana semua wang
saya sudah hilang. Sedangkan baru sebentar tadi ia ada didalam 
poket saya", jelasnya yang masih terpinga-terpinga.

Sementara itu, seorang lelaki yang tadi memerhatikannya
berkata, "Ya Allah, Kau potonglah tangan yang mencuri duit anak muda ini".
Namun apa yang berlaku lelaki tadi sedikit pun tidak marah. Malah
apabila mendengar doa lelaki tersebut dia segera berdoa,"Ya Allah , ya Tuhan ku
andainya wang itu diambil disebabkan keperluan hidup, dan dia 
melakukannya kerana terdesak, Kau berkatilah hidup orang yang mengambilnya.
Namun andainya dia mengambil kerana tidak takutkan dosa,
biarkanlah apa yang ini adalah yang terakhir
dalam hidupnya".

***Cuba bayangkan jika kita sendiri yang menghadapi situasi seperti
anak muda tersebut, apakah perkataan yang akan terkeluar dari mulut
kita? Pikirlah sendiri ye. Mulia sungguh hatinya***

SI MISKIN DAN PENCURI
Pada zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w ada seorang lelaki yang sangat
terkenal di kalangan penduduk sekitar rumahnya dengan sikap suka mencuri.
Ada sahaja harta benda milik jiran yang diambil. Walau puas dinasihati
tetapi sikapnya tidak pernah berubah.

Pada suatu hari, dalam perjalanan pergi mencuri, dia melalui sebuah masjid
dan bertemu dengan seorang miskin yang sering berada di situ. Lelaki
itu tidak tahu bahawa orang yang ditemui itu seorang yang salih dan
zuhud. Lalu dia mengajaknya mencuri bersama. Katanya,
 "Buat apa kau sering berada di sini? Daripada kau terus meminta sedekah
daripada orang, lebih baik kau ikut aku pergi mencuri."

Si miskin itu menerima pelawaan lelaki tersebut tanpa banyak soal. 
Apabila hari menjelang malam, mereka pun pergi ke tempat yang telah dirancang.
Si miskin itu hanya mengikut seperti yang telah diarahkan.
"Apabila aku masuk kedalam kedai, kau perhatikan keadaan sekeliling. Kalau
nampak orang datang, kau cepat-cepat beritahu aku. kalau tidak kita akan 
tertangkap."

Si miskin hanya mengangguk. Ketika lelaki itu menggeledah, si miskin
menunggu di luar kedai. Seketika kemudian, dia menjerit, "Cepat keluar ada orang
 datang." Tatkala mendengar teriakan itu lelaki tersebut tergesa-gesa keluar
untuk menyelamatkan diri. Sebaik sahaja keluar, dia terkejut kerana
tiada sesiapa pun yang kelihatan.

"Tadi kau kata ada orang datang. Tapi aku tak nampak pun mereka?"
Lantas si miskin itu menjawab dengan nada yang lemah-lembut,"Memang benar,
 tiada seorang pun di sini. Tetapi mungkin kau tak sedar bahawa Allah sentiasa
melihat kita. Dia jugalah yang memberikan rezeki kepada kita. Kau ajak aku
cari kekayaan dengan mencuri. Boleh tak kau buktikan pada aku apakah
ada pencuri yang benar-benar kaya? Dan di mana aku boleh menemuinya?"

Lelaki tersebut hanya terdiam. Kata-kata itu membuatkan dia insaf dan 
berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan terkutuknya lagi.


Ha! sape yang buat salah sorok-sorok tu, tak tau, makan
 curi-curi masa bulan puasa ke or, what ever we do. 
 Rniz pulak macamana?
** BIARLAH RAHSIA**

 ***JUST TO REMIND MYSELF***


.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH...ATAS KOMEN ANDA